Monday, April 26, 2010

Bekas kekasih hati, RP kini sudah berteman baru. Ironinya percintaan 3 tahun kami, tak sampai 3 bulan berpisah, dia aku; got over each other and both of us are with someone now. Lebih ironi, kekasih baru si RP adalah adik kepada a mutual friend, who fixed us up 3 years ago.

Okay, I digress. Entri hari ini hanya untuk let this off my chest. Si kekasih baru ini requested to follow me on Twitter. So selamba eh that little bitch.

Sent via BlackBerry® from Maxis

Sunday, April 25, 2010

Banyak yang jadi selepas entri terakhir. Untuk disimpulkan dalam satu perkataan mungkin mustahil. Tapi dalam bullet-points:

- Aku dan RP tinggal sejarah
- Si Mat Hindustan kini dalam lembaran hidupku yang baru
- Aku rasa aku lebih bahagia sekarang. (Could be better, tapi biasa la manusia tak pernah puas)

Cuma nak ucapkan terima kasih, Tuhan.

Sent via BlackBerry® from Maxis

Friday, November 27, 2009

I said: What's this? I'll lose my mind if you don't tell me. It said: Then lose your mind, and stay that way. Say nothing.

Retaliasi tiga langkah ke depan, ektremis.
Rasional jadi kelam, diri jadi gullible.

Aku serah hati yang retak seribu pada kau,
harap kau dapat lekatkan semula agar dia jadi kuat.

Thursday, October 22, 2009

Kau buat ku kata, "Kuch kuch hota hai.." :P

Milky Choc, Mat Hindi si muse baru di tempat kerja.
Coklat panas + kata-kata manis + bijak + kelakar + seksi.
Hai, kenapa pandai sangat curi hati(ku)? :)

Sekarang dia di Espana untuk 3 minggu. Hai..., kenapa lama sangat? :(

Friday, September 25, 2009

Deja Vu

Episod cerekarama Raya tahun ini, Syawal 1430H. Kisah rumahtangga berantakan akibat si isteri yang give-up dengan chauvinism sang suami; lalu nekad tinggalkan anak-anak dan segalanya. Bertambah rumit, datang pula orang ketiga tempat si isteri mengadu-domba. Anak-anak bingung; ditelan mati emak diluah pula mati bapa.

Sekejap, kisah ini macam deja vu. Bukankah dah ditayangkan tahun lepas?

Sigh.. Tell me why I should be happy about Raya again?

Wednesday, August 26, 2009

Nadine

Nadine, kawan sekolah yang sudah lama terjebak dengan cinta material seorang veteran anak 5 kata, "Tina, I'm gonna marry him". Aku cuba buat muka indifferent dan kata, "Ok, kahwin lah".

Ok, aku mungkin silap. Mungkin cinta dia tak material. Dan segala pemberian beg tangan LV, Burberry, kasut Marc Jacobs, jam tangan DKNY, Tissot dan segala bagai itu bukan pembeli hatinya. (Tapi, cinta itu perlukan kimia, dan mungkinkah pemberian itu bak pemangkin untuk tindakbalas lebih reaktif?).

Nadine tanya lagi, "Kau rasa aku bahagia tak kahwin dengan dia nanti?". Yang aku tahu cinta memang material. Aku tahu sebab aku ada living proof yang boleh buktikan teori ini valid. Jadi aku kata, "Babe, whoever said money is not everything, they simply don't know where to shop. I'm sure you know damn well where to shop kan?"

"Aku tak mahu jadi yang kedua, so aku suruh dia ceraikan wife dia if he really wants me".

Now, how do you tell your girlfriend that you abhor polygamy and what she had just said is a testimony of her transparent bimboness?

Tarik nafas dalam, ukir senyuman dan kata, "Babe, ingat, karma is a bitch".

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak

Rasanya sudah berapa kali entah, asyik termimpikan perihal tahi. Pernah bangkitkan cerita mimpi ini pada Ibu. Ibu kata, mungkin perkara baik, kerana mimpi biasanya sebaliknya realiti. Harap-harap begitulah. (Malas nak Google).

Selamat berpuasa. Aku hari pertama dah kantoi. :P