Wednesday, October 31, 2007

Voulez-vous coucher avec moi (ce soir)?

Soalan yang aku jeritkan pada Peragawan Sambilan Yang Lazat di pejabatku setiap kali aku melihatnya. Jeritan dalam hati yang hanya didengari olehku.

Hai, hari-hari aku hanya mampu meneguk air liur dan menikmati kelazatannya dari belakang sahaja.. Jika pandanganku ibarat air yang menitik di atas batu kapur, nescaya badannya yang kekar itu sudah berlekuk. Tapi, sedih. He doesn't even know my name. Cintaku bertepuk sebelah tangan..:P

And he just looked in my direction. Ahhhhh, berhenti seketika jantungku.

Kamu tahu tak, dia membuatkan jantungku berdebar-debar tiap kali dia hampir denganku.

This is so like high-school. But I like it.

So, Peragawan Sambilan Yang Lazat, voulez-vous coucher avec moi (ce soir)? I heard you're in the 'advanced category'. Hurm, I loike..

Friday, October 26, 2007

Make yourself

Memberikan kunci pendua rumahmu kepada teman lelakimu bukanlah suatu idea yang baik. Bincangkan. (Teehee :P)

Rokstar Pencen selalu bertanya padaku, dalam nada sarkastik, “When will I get my set of your house keys, sayang?” Biasanya aku akan abaikan sarkasma (is there such word in Malay? Hahhah. Belasah.) dalam suaranya, dan buat-buat apologetik dan salahkan waktu serta kealpaanku. “Haaa, tu la.. I keep forgetting. You pun selalu tak ingatkan I to duplicate them keys.” Atau, “I lupa lah, sayang. Lepas ni kita pergi locksmith, okay?”.

Sebenarnya, aku masih berkontemplasi samaada mahu memberikan kunci pada dia, ataupun tidak.

Perlu, kerana aku tidak mahu tidurku diganggu. Rokstar Pencen selalu datang ke rumahku lewat malam bila dia ada practise. Aku, Sleeping Beauty yang harus tidur 6 jam (atau lebih) biasanya akan tertidur di atas lantai di depan televisyen atau di atas katil pada jam 10.

Perlu kunci pendua, kerana hampir setiap hari dia terpaksa menungguku di dalam kereta di parkir. Kadangkala dia tertidur di dalam kereta akibat menungguku terlalu lama. My poor baby..

Tetapi, my home is my only refuge, my only solitary.

Ke mana aku akan lari pada hari-hari pergaduhan besar tercetus?

Di mana lagi aku boleh meghisap rokok (tanpa kantoi) selain di kereta ketika perjalanan pergi dan pulang dari kerja?

And anyway, bilik persalinanku ibarat pandora’s box, ada banyak khazanah rahsia.

Dan jika dia ada kunci rumahku, adakah ia bermakna rumah itu akan jadi rumahnya juga?

Memanglah sebahagian kelengkapan rumahku dia yang beli (hehe), tapi jika dia ada kunci rumahku, adakah rumah itu akan jadi rumahnya secara mutlak?*shudders*

Oh tidak.. Cukuplah sekadar berkongsi berus gigi dan tuala mandi. Aku tidak sanggup untuk berkongsi yang lain.

Okay, aku sudah punya alasan yang kukuh kenapa memberikan kunci pendua kepada teman lelakiku bukanlah suatu idea yang baik. (Itu belum termasuk apa akan terjadi sekiranya kami putus cinta dan kunci pendua masih di tangannya lagi.)

Tuesday, October 23, 2007

Good girls will go to hell

Terharu.

Hahha.

And if you're reading this, aku hanya 65% psycho ketika datang bulan. But you'll love me when it's full moon up in the sky.*winks* 

Neraka. Teringat aku tentang suatu peristiwa tidak relevan. Satu pergaduhan kecil antara aku dan Mak Guard di pejabatku. Aku lalu di tempat yang dilarang, dan buat bodoh bila dia panggil aku. Dia kejar aku dan tarik ID di leherku.

"What the hell..?" (Aku mahu sebut the eff word, tapi aku cuba bersopan dengannya).

"What the hell??Youuuuuuuuu are the hell." Dan dia terus membebel denganku dalam Bahasa Inggeris yang tak seberapa. 

Hahha. Kenangan yang tidak akan aku lupakan. :)


Monday, October 22, 2007

Love, is a foul four letter word.

Cinta itu buat orang jadi gila tidak betul. Hilang segala senses dan rasionaliti. Jadi bodoh, haloba dan kehausan.

Jadi semalam apabila aku terserempak dengan rakan baik ku, Sherrine, di The Gardens, mesra berjalan berdampingan dengan jejaka yang supposedly she has left for good, aku jadi bengang. Aku takkan peduli jika dia tidak melibatkan aku dalam masalah percintaan tiga segi Sherrine. Di suatu situasi, aku terpaksa memberi testimoni kepada teman lelaki yang hidup serumah dengannya (bukan lelaki di The Gardens itu) untuk melindungi kepentingan Sherrine.

Dalam kadar automatis, aku terus menghantar pesanan ringkas kepada Suriya. Suriya juga terkejut dengan berita itu. Dia turut marah. Sia-sia sahaja nasihat yang kami taburkan kepada perempuan yang selalu bermasalah dengan kaum Adam itu. Aku dan Suriya kalau boleh tidak mahu ambil peduli dengan masalah percintaan Sherrine, tapi Sherrine always runs to us bila dia kusut.

Masuk ke Rock Corner, aku terus ke konsul CD Pick of The Month. Aku dengarkan Smoma, sedikit tenang dengan alunan jazz dan irama fusionnya yang seksi.

Sambil itu mataku kekal memerhatikan si Rokstar Pencen, teman lelaki ku of one year and 19 days (and counting). Dia khusyuk mem-browsing lalu hanyut di antara celah-celah cakera audio dan dunia rock nya, lansung tidak pedulikan aku lagi.

Lelaki itu. Cinta.

Cinta (pernah) buat aku jadi gila. Hilang akal. Hilang malu. Hilang segala.

Cinta buat aku lupakan falsafah dan pegangan hidupku. Cinta pernah buat aku menangis setiap malam. Cinta pernah buat aku pergi melolong merayu pada jam 3 pagi depan rumah orang walaupun orang itu pernah menamparku sehingga gegendang telinga ku bengkak. Tapi cinta ini bersalut dendam. (Okay, now that’s a different story. Will blog about it later.)

Konklusinya, cinta itu buat orang jadi tolol.

Aku dan Sherrine tak terkecuali. Teori yang klise ini buat aku batalkan niat untuk beri khutbah pada Sherrine atau hantar pesanan ringkas pada Desmond, teman lelaki yang hidup serumah dengannya yang bukan lelaki di The Gardens untuk sedarkan dirinya yang sudah jadi bodoh itu.

Seterusnya, aku suka rumuskan yang cinta itu fizikal.

Contoh pertama: Desmond, teman lelaki nombor 1 Sherrine yang hampir sempurna. Sentiasa memaafkan teman wanitanya yang selalu buat hal, walaupun nama lelaki lain tertatu di dada teman wanitanya. That Desmond guy, he must be a bad lover.

Contoh kedua: Sherrine dan teman lelaki nombor 2 yang menjengkelkan itu. He irks the daylight out of everyone, and he’s not even a looker, so I reckon he must be damn good in bed.

Contoh ketiga: Teman lelaki nombor 1 Sherrine. Dia maklum teman wanitanya promiscuous, yet he still stays. Because she gives good head. 

Lagu Smoma “Give Me The Night” buat aku rasa sensuous. Aku hampiri Rokstar Pencen. “Found anything good? Let’s just go home and fuck our brains off.”

Dia senyum.

Teori aku valid. Cinta itu memang fizikal.

Saturday, October 20, 2007

At first when I see you cry yeah it makes me smile

Si (perasan) gorjes akan mula memblog dalam bahasa ibundanya. I think it's cool wot, to write in Malay.. Senarai blogger kegemaranku (yang ku baca setiap hari) sekarang ini terdiri daripada mereka yang tegar memblog dalam bahasa Melayu.

Maka, dengan nama Tuhan yang Maha Penyayang, S.P.G dimulakan.