Mulai hari ini, hari Jumaat yang suci adalah hari pengakuan.
Saya, S.P.G, telah melanggar palang automatik di toll booth Lebuhraya Besraya pada hari Khamis lalu, sehingga ia patah.
Sejak aku berjaya melepasi tol setelah mengekori secara rapat kereta di hadapanku apabila melalui laluan Smart Tag, aku berani membuat lagak ngeri yang sama lebih-lebih lagi ketika hujung bulan di mana baki kad ku tidak sampai RM30. Heheh.
Namun, semalam lagak ngeri ku gagal sama sekali. Palang tersebut menghentam secara baik atap kereta ku. Mujurlah cermin keretaku (yang retak menanti belah) tidak pecah. Nasib baik.. Kalau nasib tak baik?:P
Dan nasibku memanglah sangat baik, palang itu diperbuat daripada plastik. Mungkin asbestos. Yang pasti ia bukan buatan besi. Atau zink. Jika tidak ia akan meninggalkan kesan mendalam pada keretaku dan juga diriku.
Maka, hari ini, aku, si S.P.G yang mengaku bersalah melanggar palang tol sehingga patah ketika percubaan menggunakan taktik keji untuk melepasi tol, mula bingung. Untuk pulang ke rumah, aku harus melalui lebuhraya dan juga tol plaza itu.
Bagaimanakah?
Psssst, kamu rasa ada kamera litar tertutup yang merakamkan kejadian itu? Bagaimana jika mereka dapat mengesan nombor pendaftaran keretaku, dan sebaik sahaja mereka nampak keretaku, aku akan ditahan?
Aduh, pening.
Friday, November 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment