Sunday, May 18, 2008

Let the wind carry you home, Blackbird fly away. May you never be broken again.

Lebih kurang 363 hari sejak pergaduhan besar yang hampir membuatkan kami give up relationship ini, hari ini ia terjadi lagi. Malah lebih besar.

Cinta ini terlalu violent, it makes us (physically) violent. Aku masih ingat lagi bagaimana dia menamparku berulang kali, menyakitkan telingaku, menolakku ke dinding. Aku tumbuk dia berulangkali, mencakar dan menghentak botol losyen yang sempat dicapai ke tengkuknya. Biasanya setiap kali kami bergumpal, kami akan berakhir di atas katil seperti adegan Mr. and Mrs. Smith. Tapi hari ini tidak. He left.

I called him but I didn't know what to say. Finally I said sorry for hitting him. He said he's sorry too. Aku menangis sebelum tidur. Sedih dan pedih.

Sehari sebelum, aku baca Inbox dan Sent Items telefon bimbit Ibu. Ibu panggil lelaki lain 'Sayang'. Ibu kata "Kau tak mengerti, dia cinta pertamaku. Selama ini dia saja cinta Ibu". Aku kata "Jadi cintamu terhadap Abah tidak ikhlas selama ini? Kami yang dilahirkan ini bukan atas keikhlasanmu?"

Aku sudah tidak mengerti definisi cinta. Aku hilang percaya pada cinta. Dalam masa 24 jam, harapanku pada cinta hancur berderai. Dua orang manusia yang paling banyak mengajarku tentang cinta telah hancurkan hatiku.

Mulai hari ini, persetankan cinta.

Hidup aku huru-hara pada titik hidup ini. Aku mahu lari tapi tak tahu ke mana. :(

No comments: