Sunday, June 21, 2009

Shush, girl! Shut your lips, do the Helen Keller and talk with your hips

Dalam denial sejak terngadah tentang perihal umur yang bakal setakuk lebih tua dari tahun lepas. Makin risau, masih banyak yang perlu aku achieve. Masih. Banyak. Lebih tidak sanggup berdepan dengan Ibu yang akan tanya bila mahu kahwin setiap kali terpandang muka anaknya ini.

Tak habis-habis tengok tangan sendiri, sudah ada seurat dua yang timbul dan jelas dilihat. Baru seurat dua. "Okay, not that old", aku pujuk hati sendiri.

Umur sebenar? Rahsia. Haha.

Nota pada diri sendiri, dapatkan Clinique Moisture Surge, minum banyak air dan susu, dan kurangkan makanan berminyak.

No comments: