Friday, January 4, 2008

'Fess Up Friday : Projek Temasek

Baru pulang dari Temasek. 

55% masa dihabiskan dengan bergembira.
20% masa dihabiskan bergaduh.
25% masa dihabiskan di dalam keretapi.

Dan, sebahagian daripada 25% itu paling seronok.

Now I can strike out "Make love in train" in my to-do list.

Oh, selamat tahun baru semua. Make love, not war ya? Hiks.

Friday, December 28, 2007

'Fess Up Friday : Syaitan yang bernamakan John Fontane

An old fling called me on Christmas eve, mengajakku ke sebuah kelab di Jalan Doraisamy. “My girlfriend is here. You said you have always wanted to meet her, right?”.

Rrrright.

Sehari sebelumnya dia telefon, just to say ‘Hi’. Sedang kami berbual dan bertanya khabar, dia bilang dia berhajat untuk settle down tahun depan. Hujung tahun, mungkin. Dalam hatiku menjerit, “Kenapa kamu perlu beritahu aku semua ini??!!”..

Sejurus perbualan tamat, hatiku sakit dan pedih, terasa seperti hatiku dihiris. Seperti luka akibat papercut, you don’t quite notice that you’re cut until after sometime.

Aku duduk di sofa, di ruang tamu rumahku yang kosong. TV rosak, akses internet pula tiada, dan si buah hati masih di kampung; membuatkan aku rasa sangat-sangat keseorangan pada saat itu.

Ah, persetankan Jantan Itu yang hanya tahu memasukkan hatiku ke dalam pengisar dan merenung sambil mentertawakan hatiku yang berpusing-pusing dan hancur lumat.
Saya, S.P.G, dengan ini mengaku bahawa I am so over him. His loss. Hiks.

Wednesday, December 5, 2007

Muted Chaos

Pada umur sesuku abad, aku sudah mempunyai beban hutang berjumlah RM16,000. Hutang pinjaman pelajaran (dari PTPTiPu yang murah hati memberikan aku pinjaman se-semester walaupun aku ditaja JPA), kredit kad dan hutang pada makcikku (berjumlah RM1500, masih tidak mampu untuk bayar balik). Memalukan.

Aku bukan anak orang kaya yang boleh tuntut si bapa untuk melangsaikan hutang bagi pihakku. Aku bukanlah seorang yang penjimat atau bijak menabung. Aku juga punya banyak tuntutan tanggungan dalam hidupku. Itu tidak termasuk tuntutan tanggungan untuk membeli baju, kasut atau tas tangan kegemaran (yang biasanya mahal dan berjenama).

Perkara-perkara inilah yang buat aku tidak tidur malam. Well, not literally. My point is, I am troubled. I need to take a moment.

Monday, November 19, 2007

7 Days Without You Makes One Weak

PSYL, cepat pulang!

(Aku rindu). Huhu.


Ironiknya perasaan ini. Pada ketika ini hubungan aku dan RP dalam keadaan dingin. Sedinginnya hawa di kutub utara. Hari-hari gaduh. Hari-hari penuh emosi. Hari-hari meratap di hujung talian tentang rindu dan sayang.

Benci tapi rindu. Marah tapi sayang. Aku sudah di hujung tanduk, on the verge of giving up. Jadi, setakat yang aku faham tentang perasaan aku ini, aku tahu aku masih sayangkan dia tetapi dalam pada masa yang sama aku redha jika ia berakhir.

Petang tadi, tiba-tiba kakak kerani di pejabatku meluahkan isi hatinya padaku. Kakak kerani yang aku sangka tidak berapa gemar dengan diriku telah menghabiskan hampir 30 minit menceritakan masalah rumah tangganya. Sepanjang mendengar luahannya aku hanya angguk dan menunjukkan wajah simpati. At the end of the conversation, I can't help but wonder why did she choose to speak to me? I mean, I know she would've let it all out and talked about it with her fellow click. What made her think I could listen and care?

Oh anyway, I added Hanafi, gitaris pujaanku di Facebook. He approved almost instantly. (Looking at the number of friends he has, no surprise that.) Nevertheless, I am easy to please. Hanafi, you made my day. 

Okay, langkah seterusnya: pikat hatinya secara subtle supaya tidak dilihat seperti another potential groupie. Hahha LOL.

Friday, November 16, 2007

'Fess Up Friday : Klutz

Mulai hari ini, hari Jumaat yang suci adalah hari pengakuan.

Saya, S.P.G, telah melanggar palang automatik di toll booth Lebuhraya Besraya pada hari Khamis lalu, sehingga ia patah.

Sejak aku berjaya melepasi tol setelah mengekori secara rapat kereta di hadapanku apabila melalui laluan Smart Tag, aku berani membuat lagak ngeri yang sama lebih-lebih lagi ketika hujung bulan di mana baki kad ku tidak sampai RM30. Heheh.

Namun, semalam lagak ngeri ku gagal sama sekali. Palang tersebut menghentam secara baik atap kereta ku. Mujurlah cermin keretaku (yang retak menanti belah) tidak pecah. Nasib baik.. Kalau nasib tak baik?:P

Dan nasibku memanglah sangat baik, palang itu diperbuat daripada plastik. Mungkin asbestos. Yang pasti ia bukan buatan besi. Atau zink. Jika tidak ia akan meninggalkan kesan mendalam pada keretaku dan juga diriku.

Maka, hari ini, aku, si S.P.G yang mengaku bersalah melanggar palang tol sehingga patah ketika percubaan menggunakan taktik keji untuk melepasi tol, mula bingung. Untuk pulang ke rumah, aku harus melalui lebuhraya dan juga tol plaza itu.

Bagaimanakah?

Psssst, kamu rasa ada kamera litar tertutup yang merakamkan kejadian itu? Bagaimana jika mereka dapat mengesan nombor pendaftaran keretaku, dan sebaik sahaja mereka nampak keretaku, aku akan ditahan?

Aduh, pening.

Saturday, November 10, 2007

Bangkok's Quickie

Salam, S.P.G dari Bangkok.

Menulis dengan sebotol Singha yang lazat di tangan, dari rumah tumpangan Asha. Tertekan. Aku baru kehilangan rakan liburku di celah-celah manusia berbangsa Thai di pasar minggu Jatujak.

Mujur ada internet percuma di sini, kalau tidak dia aku tidak tahu bagaimana mahu menghubungi si rakan libur. Dia hilang, aku cabut pulang ke hotel.

Sedang menunggu.

Rokok tak ada. Bertambah tertekan. Dang!

Ok, laters.

Saturday, November 3, 2007

Choux Pastry Heart

Rakan Libur ku memberi pesanan ringkas kepada teman lelakiku, yang dia kini terlantar di hospital dan akan menjalani pembedahan kecil pada.., ermm, mungkin hari ini.

Pelik: kenapa aku tidak diberitahu secara lansung? Atau sekurang-kurangnya SMS itu di-cc padaku?

Aku rasa ini propagandanya untuk menangguhkan percutian kami buat kali kedua.

Aku tidak peduli. It’s now.. Or my money (flight tickets and hotel booking deposit) back!