Monday, August 18, 2008

No please, don't complicate. Our time is short, this is our fate

[I'm Yours - Jason Mraz]

From today onwards, I don't think I can listen to Jason Mraz's I'm Yours the same way again. That's too bad cause I play it on heavy rotation on my iPod.

Ini semua kerana si Syaitan yang bernamakan John Fontane itu telah set-kan lagu itu sebagai caller ringtone-nya. Aku disambut dengan lagu itu semalam, setelah berabad nombornya tidak pernah aku panggil.

Jadi bila aku dengar lagu itu di stereo, aku akan segera tekan >>. Not that I am not over him (aku sudah boleh panggil dia "Dude" atau "Bro"dan rasa janggal jika tidak); cuma tak ingin untuk biarkan ingatan tak diundang mencecah memori.

Friday, July 11, 2008

Penintentiary philosophy

[Penintentiary Philosophy - Erykah Badu]

Hadiah hari lahir (mungkin yang terakhir dalam hidupku) adalah sekeping dokumen yang merasmikan leraian ikatan seorang suami dan isteri. Sedih.

"Happy birthday, Sayang", ucap RP detik tengah malam. Dia tahu it's not a happy birthday for me. Dan bak kekasih sejati sedar yang tahu akan lara diri, dia janjikan a perfect day. Selepas kerja, RP bawa aku makan malam di fancy restaurant. Pulang ke rumah, dia baring dan quickly fell into a deep slumber, kekenyangan, berdengkur di sebelahku. Sementara aku, menangis sendirian menonton Robert Vessel menangis when a mannequin did not talk back to him, aku rasakan kesepiannya.

Esok harinya Ayah telefon. Ibu perlu salinan kad identiti anak-anak untuk lengkapkan ‘permohonan ke neraka’nya. “Are you going to give it to her?”

Lihat, ada suatu cahaya samar di sana yang terkedip-kedip di hujung terowong. Sekejap ada, sekejap tiada.

Harapan, itukah engkau?

Tuesday, June 24, 2008

Save Room

[Save Room - John Legend]

Hurmm, I feel like writing a happy-schmappy-chocolate-and-candy kinda post today.

Tulis satu ayat. Padam.

Tulis ayat baru. Padam. Muncung mulut (tandanya aku sedang berfikir).

Tulis satu lagi ayat. Padam.

Mungkin aku perlu berhenti mencuba untuk justify diri pada seorang stranger.

Tahniah, Sang Stranger. You have found an undiscovered space of mine. Don't worry, I am not that miserable. You should read my 'sunny side up'.

Terima kasih daun keladi.

Nota kaki untuk Encik Irondanwine: Email me!:P

Thursday, June 12, 2008

Nota Terbuka Untuk Incik Irondanwine

Lelaki ini, 30 tahun. Kuala Lumpur. Riyadh. Beirut. Muscat. Arkitek. Poet. Penggemar belon udara panas. Penonton belly-dancing. Pelanggan Blackberry. Pemakan ikan mentah. Pelaut. Pemilik seluruh diskografi Mark Kozelek. Penyimpan gambar P.J Harvey dalam wallet.

You and your 'chipsmore' antics, gone for the n-th time. Hilang tanpa kesan untuk dipandang-pandang, tinggalkan lubang dalam diri yang sudah maimed.

Tolong beri notis sebelum kau hilang lagi ya (kerana hati ini akan berhenti berdegup setiap kali 'blog has been removed' terpapar di skrin. Mimpi ngeri!);

Atau cicirkan batu-batu kerikil kecil (atau cebis-cebis roti Perancis) di setiap langkahmu untuk ku jejak.*sigh*

Monday, May 19, 2008

Who is gonna save you when I'm gone..?

Bila aku melangkah ke rumah kita, hati keras ku mulai jatuh bak empengan tanah kering.

Bila aku lelapkan mata, airmata keluar dari celahnya.

Aku ingin korek keluar dirimu yang memenuhi ruang dalam hatiku, kikis bersih segala sisamu dan simenkan ruang kosong itu dengan kebencian.

Tuhan, kuatkan semangatku.

Sunday, May 18, 2008

Let the wind carry you home, Blackbird fly away. May you never be broken again.

Lebih kurang 363 hari sejak pergaduhan besar yang hampir membuatkan kami give up relationship ini, hari ini ia terjadi lagi. Malah lebih besar.

Cinta ini terlalu violent, it makes us (physically) violent. Aku masih ingat lagi bagaimana dia menamparku berulang kali, menyakitkan telingaku, menolakku ke dinding. Aku tumbuk dia berulangkali, mencakar dan menghentak botol losyen yang sempat dicapai ke tengkuknya. Biasanya setiap kali kami bergumpal, kami akan berakhir di atas katil seperti adegan Mr. and Mrs. Smith. Tapi hari ini tidak. He left.

I called him but I didn't know what to say. Finally I said sorry for hitting him. He said he's sorry too. Aku menangis sebelum tidur. Sedih dan pedih.

Sehari sebelum, aku baca Inbox dan Sent Items telefon bimbit Ibu. Ibu panggil lelaki lain 'Sayang'. Ibu kata "Kau tak mengerti, dia cinta pertamaku. Selama ini dia saja cinta Ibu". Aku kata "Jadi cintamu terhadap Abah tidak ikhlas selama ini? Kami yang dilahirkan ini bukan atas keikhlasanmu?"

Aku sudah tidak mengerti definisi cinta. Aku hilang percaya pada cinta. Dalam masa 24 jam, harapanku pada cinta hancur berderai. Dua orang manusia yang paling banyak mengajarku tentang cinta telah hancurkan hatiku.

Mulai hari ini, persetankan cinta.

Hidup aku huru-hara pada titik hidup ini. Aku mahu lari tapi tak tahu ke mana. :(

Tuesday, April 15, 2008

I'm A Big Big Girl In A Big Big World It's Not A Big Big Thing If You Leave Me

Dia kata "Love validates existence".

Aku tak pasti sama ada aku setuju atau tidak, but for now I just like the sound of it.

Mungkin aku akan digest ungkapan ini malam nanti sebelum aku tidur, jadi hari ini, setakat saat ini, biarkan aku jadi perempuan tipikal yang mudah dicumbu dengan kata-kata.