Sunday, June 21, 2009

Shush, girl! Shut your lips, do the Helen Keller and talk with your hips

Dalam denial sejak terngadah tentang perihal umur yang bakal setakuk lebih tua dari tahun lepas. Makin risau, masih banyak yang perlu aku achieve. Masih. Banyak. Lebih tidak sanggup berdepan dengan Ibu yang akan tanya bila mahu kahwin setiap kali terpandang muka anaknya ini.

Tak habis-habis tengok tangan sendiri, sudah ada seurat dua yang timbul dan jelas dilihat. Baru seurat dua. "Okay, not that old", aku pujuk hati sendiri.

Umur sebenar? Rahsia. Haha.

Nota pada diri sendiri, dapatkan Clinique Moisture Surge, minum banyak air dan susu, dan kurangkan makanan berminyak.

Tuesday, June 9, 2009

Dilihat pada status Facebook bekas rakan sepejabat, si Peragawan Sambilan Yang Lazat yang tinggi, kacak, berkarisma; acuan lelaki idaman Malaya who speaks impeccable English with a tinge of English accent Melayu yang 'stranded' di LHR for an hour of lay-over flight:

PSYL is hoping tht nurul* will love him like she did before
May 31 at 8:45pm

Nurul Zaleha* at 4:31pm June 3
i'm always love u like before..


Sigh. Cinta memang aneh, bukan?

*bukan nama sebenar

Sunday, May 31, 2009

Aku sedang jatuh cinta dengan lelaki yang sedang merajuk denganku dan akhirnya sudi memaafkan dan cakap


"You are forgiveness".


Hahaha. Comel. Love is weird like that.

Sunday, April 5, 2009

Every little thing you do it feels so good, doesn't even have to be understood

[Lil' Thing - Maliq and D'Essentials]

Ketika makan malam alfresco di La Risata, Khamis lalu, kelihatan seekor kucing jantan telah hidu-hidu dan kencing di tayar keretaku. Suraya kata aku bakal terima tuah. "Kerana dia (kucing) kencing di keretaku?". "Yup, that's what they say." Aku gelak besar dan kata, kalau begitu sepatutnya aku sudah terima banyak tuah kerana sudah banyak kali aku lihat kucing pancut di keretaku.

Tak perlu cerita panjang, cuma mahu ucapkan terima kasih (Tuhan!) for the:
- new iPod dari Kekasih (berkat ngomelan di blog tentang iPod tua ku) :P
- tiket percuma ke F1 worth RM500 (kerana si abang ipar sibuk dan terpaksa tarik diri)
- Maliq and D'Essentials di after-concert (didn't even know they were playing!)

Schweeeeeet! :D

Tuesday, March 10, 2009

It's not about geography or happenstance, you need to fly and take a chance


This came in last Saturday. T-shirt dengan lakaran wajah Abang JM, a made to order dari pengirim hantu yang tahu kegilaan-bukan-fanatikal ku pada Abang JM.

It made me happy, made me sad. Lalu lagu ini berputar dalam loop pada iPod tua ku.

Rachael Yamagata, live in Singapore, April 15.

Nota kaki untuk Irondanwine; jom, jadi temanku ke konsert?;)

Friday, March 6, 2009

If I should be so bold, I’d ask you to hold my heart in your hand

[If It Kills Me - Jason Mraz]


Oh, Abang JM. Akhernya kita ketemu jua.. :D




Highlight of the show: Sang trio trumpet, saxophone dan trombone yang memakai jersi pasukan negara hitam kuning. Haha cute. Not. Okay, cute a bit lah. :P

Monday, March 2, 2009

And I will find a way to you if it kills me, if it kills me

[If It Kills Me - Jason Mraz]

Malam tadi, I wet my pillow dek kesedihan yang tak tertahankan. I wet my pillow, bak kata pengurus Jepun kepadaku yang sedih bila tahu aku akan berhenti kerja. Japs and their Engrish, always amusing kan?

Anyways, ya, malam tadi aku kecewa sangat. Tiket ke konsert Jason Mraz sold out, can you believe that?? Rakan yang ditugaskan pergi membeli tiket kami telah tangguh dan tangguh lagi hingga ke hari semalam. Dalam dia berlenggang-kangkung menuju ke kaunter tiket Axcess, mamat penjaga kaunter kata tiket dah habis, kak. Semua sold out. In denial, aku telefon hotline tiket. Sahih, memang sold out.

Dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi, hai boleh pulak radio keluarkan lagu-lagu Abang JM ku. Dari Fly ke Hitz ke Mix FM, semua. Uwaaa..

Aku nekad mahu ke Stadium Negara malam esok, jadi yang pertama depan pintu mengharapkan sekeping tiket. Tak kisah la walau aku seorang tak berteman, berapa ratus pun harga tiketnya, asal dapat bersamamu Abang JM..