Jadi semalam apabila aku terserempak dengan rakan baik ku, Sherrine, di The Gardens, mesra berjalan berdampingan dengan jejaka yang supposedly she has left for good, aku jadi bengang. Aku takkan peduli jika dia tidak melibatkan aku dalam masalah percintaan tiga segi Sherrine. Di suatu situasi, aku terpaksa memberi testimoni kepada teman lelaki yang hidup serumah dengannya (bukan lelaki di The Gardens itu) untuk melindungi kepentingan Sherrine.
Dalam kadar automatis, aku terus menghantar pesanan ringkas kepada Suriya. Suriya juga terkejut dengan berita itu. Dia turut marah. Sia-sia sahaja nasihat yang kami taburkan kepada perempuan yang selalu bermasalah dengan kaum Adam itu. Aku dan Suriya kalau boleh tidak mahu ambil peduli dengan masalah percintaan Sherrine, tapi Sherrine always runs to us bila dia kusut.
Masuk ke Rock Corner, aku terus ke konsul CD Pick of The Month. Aku dengarkan Smoma, sedikit tenang dengan alunan jazz dan irama fusionnya yang seksi.
Sambil itu mataku kekal memerhatikan si Rokstar Pencen, teman lelaki ku of one year and 19 days (and counting). Dia khusyuk mem-browsing lalu hanyut di antara celah-celah cakera audio dan dunia rock nya, lansung tidak pedulikan aku lagi.
Lelaki itu. Cinta.
Cinta (pernah) buat aku jadi gila. Hilang akal. Hilang malu. Hilang segala.
Cinta buat aku lupakan falsafah dan pegangan hidupku. Cinta pernah buat aku menangis setiap malam. Cinta pernah buat aku pergi melolong merayu pada jam 3 pagi depan rumah orang walaupun orang itu pernah menamparku sehingga gegendang telinga ku bengkak. Tapi cinta ini bersalut dendam. (Okay, now that’s a different story. Will blog about it later.)
Konklusinya, cinta itu buat orang jadi tolol.
Aku dan Sherrine tak terkecuali. Teori yang klise ini buat aku batalkan niat untuk beri khutbah pada Sherrine atau hantar pesanan ringkas pada Desmond, teman lelaki yang hidup serumah dengannya yang bukan lelaki di The Gardens untuk sedarkan dirinya yang sudah jadi bodoh itu.
Seterusnya, aku suka rumuskan yang cinta itu fizikal.
Contoh pertama: Desmond, teman lelaki nombor 1 Sherrine yang hampir sempurna. Sentiasa memaafkan teman wanitanya yang selalu buat hal, walaupun nama lelaki lain tertatu di dada teman wanitanya. That Desmond guy, he must be a bad lover.
Contoh kedua: Sherrine dan teman lelaki nombor 2 yang menjengkelkan itu. He irks the daylight out of everyone, and he’s not even a looker, so I reckon he must be damn good in bed.
Contoh ketiga: Teman lelaki nombor 1 Sherrine. Dia maklum teman wanitanya promiscuous, yet he still stays. Because she gives good head.
Lagu Smoma “Give Me The Night” buat aku rasa sensuous. Aku hampiri Rokstar Pencen. “Found anything good? Let’s just go home and fuck our brains off.”
Dia senyum.
Teori aku valid. Cinta itu memang fizikal.
No comments:
Post a Comment