Memberikan kunci pendua rumahmu kepada teman lelakimu bukanlah suatu idea yang baik. Bincangkan. (Teehee :P)
Rokstar Pencen selalu bertanya padaku, dalam nada sarkastik, “When will I get my set of your house keys, sayang?” Biasanya aku akan abaikan sarkasma (is there such word in Malay? Hahhah. Belasah.) dalam suaranya, dan buat-buat apologetik dan salahkan waktu serta kealpaanku. “Haaa, tu la.. I keep forgetting. You pun selalu tak ingatkan I to duplicate them keys.” Atau, “I lupa lah, sayang. Lepas ni kita pergi locksmith, okay?”.
Sebenarnya, aku masih berkontemplasi samaada mahu memberikan kunci pada dia, ataupun tidak.
Perlu, kerana aku tidak mahu tidurku diganggu. Rokstar Pencen selalu datang ke rumahku lewat malam bila dia ada practise. Aku, Sleeping Beauty yang harus tidur 6 jam (atau lebih) biasanya akan tertidur di atas lantai di depan televisyen atau di atas katil pada jam 10.
Perlu kunci pendua, kerana hampir setiap hari dia terpaksa menungguku di dalam kereta di parkir. Kadangkala dia tertidur di dalam kereta akibat menungguku terlalu lama. My poor baby..
Tetapi, my home is my only refuge, my only solitary.
Ke mana aku akan lari pada hari-hari pergaduhan besar tercetus?
Di mana lagi aku boleh meghisap rokok (tanpa kantoi) selain di kereta ketika perjalanan pergi dan pulang dari kerja?
And anyway, bilik persalinanku ibarat pandora’s box, ada banyak khazanah rahsia.
Dan jika dia ada kunci rumahku, adakah ia bermakna rumah itu akan jadi rumahnya juga?
Memanglah sebahagian kelengkapan rumahku dia yang beli (hehe), tapi jika dia ada kunci rumahku, adakah rumah itu akan jadi rumahnya secara mutlak?*shudders*
Oh tidak.. Cukuplah sekadar berkongsi berus gigi dan tuala mandi. Aku tidak sanggup untuk berkongsi yang lain.
Okay, aku sudah punya alasan yang kukuh kenapa memberikan kunci pendua kepada teman lelakiku bukanlah suatu idea yang baik. (Itu belum termasuk apa akan terjadi sekiranya kami putus cinta dan kunci pendua masih di tangannya lagi.)
Friday, October 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment