Friday, January 18, 2008

'Fess Up Friday : Tears Dry On Their Own

Aku menjangkakan perkahwinan penuh dengan krisis antara aku dan RP.

Just like my parents'. It has always been about the money.

*sigh*

Back To Black

Aku rasa betul-betul tertekan. Dengan masalah di tempat kerja, masalah peribadi, masalah bagaimana-mahu-jadi-jurutera-yang-kaya, masalah rumahku yang masih kosong dan perlukan Ikea's Expedit bookcase in white color dan lain-lain lagi.

Begitu tertekan, aku mula bercakap dengan diri sendiri. Satu perbuatan yang aku sendiri tidak suka, pelik bagiku. I’m talking to myself almost every minute now!

Ketika sedang menikmati nasi campur berlaukkan asam pedas ikan sembilang dan sambal tempoyak, seoarang teman sepejabat bilang padaku, “You are now in the orga chart, starting this new product line-up. I foresee you’re gonna be in for some time, since you have made it to the chart. You know what they say about the orga chart jinx.”

Dayyum.

S.P.G, berjanjilah pada dirimu yang kau akan update resume mu dan segeralah mencari peluang pekerjaan di tempat lain!

Wednesday, January 16, 2008

The Look Of Love

Aku nyatakan pada si teman lelaki akan hasratku itu. Dan setiap kali itulah perbincangan berakhir dengan perselisihan, tanpa natijah.

Aku tahu dia kecewa. Suatu perubahan mendadak yang mengejutkan. Ia mungkin akan meninggalkan kesan-kesan sampingan yang serius terhadap dirinya. Aku tidak pasti, tidak peduli.

Dia tanya kenapa.

Aku kata, kenapa tidak?

Si buah hati, RP tertunduk diam. Menggeleng kepala. Mengeluh panjang.

“Is there any other man?”

“Noooo sayang! Please, it isn’t like that.”

“Then, why?!”

“Why not?!”

Dia tertunduk diam. Menggeleng kepala. Mengeluh panjang. “I can’t..”

“If you don’t want it to stop, then let’s get married this year.” Aku ucap dengan penuh bingung. Aku tidak tahu adakah aku sanggup menghabiskan seumur hidupku dengannya, namun aku yakin cara terbaik menghilangkan sangsinya adalah soalan itu.

Dia tertunduk diam. Menggeleng kepala. Mengeluh panjang.

Aku tarik wajahnya ke dada. Aku belai lembut rambutnya. Aku cium pipinya, bibirnya, hidungnya.

Ini bukan konfrontasi, Sayang. Tiada yang lain, janganlah kau sangsi.

Ini hanya guilt dan conscience, yang biasanya datang menyinggah selepas kemuncak.

Saturday, January 5, 2008

Mouthwash

Angin apa yang menimpa kakak-kakak di pejabatku. Sejak dua,tiga menjak ini, masing-masing muncul dengan make-over tersendiri.

Ini pasti strategi memikat hati suami seperti yang pernah diluahkan oleh kakak kerani kepadaku sedikit masa dahulu. Hiks.

Mulutku gatal, terasa ingin sekali aku tegur mereka dan fashion flaw mereka.

Wahai Kak Bedah, kening mu terlalu tebal di pangkal dan terlalu nipis di hujung. Kau hampir kelihatan seperti kakak si Shin Chan.

Kak Milah, baju-baju mu membuatkan kau kelihatan seperti orang tua berangan. Kau harus berhenti membeli baju di Goggles, sebaliknya di Arcadia. (Aku tahu kau membeli-belah di Jusco sahaja.)

Kak Tipah, bedak padat mu terlalu tebal di muka. Dan, bling-bling itu harus dikurangkan jika kau tidak mahu kelihatan seperti si Mami Jarum.

Kak Mon, solekan mu okay, tetapi baju-baju mu masih boring. Ingat, kata kunci adalah variasi.

Mereka ini harus sertai rancangan Extreme Makeover.

Friday, January 4, 2008

'Fess Up Friday : Projek Temasek

Baru pulang dari Temasek. 

55% masa dihabiskan dengan bergembira.
20% masa dihabiskan bergaduh.
25% masa dihabiskan di dalam keretapi.

Dan, sebahagian daripada 25% itu paling seronok.

Now I can strike out "Make love in train" in my to-do list.

Oh, selamat tahun baru semua. Make love, not war ya? Hiks.

Friday, December 28, 2007

'Fess Up Friday : Syaitan yang bernamakan John Fontane

An old fling called me on Christmas eve, mengajakku ke sebuah kelab di Jalan Doraisamy. “My girlfriend is here. You said you have always wanted to meet her, right?”.

Rrrright.

Sehari sebelumnya dia telefon, just to say ‘Hi’. Sedang kami berbual dan bertanya khabar, dia bilang dia berhajat untuk settle down tahun depan. Hujung tahun, mungkin. Dalam hatiku menjerit, “Kenapa kamu perlu beritahu aku semua ini??!!”..

Sejurus perbualan tamat, hatiku sakit dan pedih, terasa seperti hatiku dihiris. Seperti luka akibat papercut, you don’t quite notice that you’re cut until after sometime.

Aku duduk di sofa, di ruang tamu rumahku yang kosong. TV rosak, akses internet pula tiada, dan si buah hati masih di kampung; membuatkan aku rasa sangat-sangat keseorangan pada saat itu.

Ah, persetankan Jantan Itu yang hanya tahu memasukkan hatiku ke dalam pengisar dan merenung sambil mentertawakan hatiku yang berpusing-pusing dan hancur lumat.
Saya, S.P.G, dengan ini mengaku bahawa I am so over him. His loss. Hiks.

Wednesday, December 5, 2007

Muted Chaos

Pada umur sesuku abad, aku sudah mempunyai beban hutang berjumlah RM16,000. Hutang pinjaman pelajaran (dari PTPTiPu yang murah hati memberikan aku pinjaman se-semester walaupun aku ditaja JPA), kredit kad dan hutang pada makcikku (berjumlah RM1500, masih tidak mampu untuk bayar balik). Memalukan.

Aku bukan anak orang kaya yang boleh tuntut si bapa untuk melangsaikan hutang bagi pihakku. Aku bukanlah seorang yang penjimat atau bijak menabung. Aku juga punya banyak tuntutan tanggungan dalam hidupku. Itu tidak termasuk tuntutan tanggungan untuk membeli baju, kasut atau tas tangan kegemaran (yang biasanya mahal dan berjenama).

Perkara-perkara inilah yang buat aku tidak tidur malam. Well, not literally. My point is, I am troubled. I need to take a moment.