Angin apa yang menimpa kakak-kakak di pejabatku. Sejak dua,tiga menjak ini, masing-masing muncul dengan make-over tersendiri.
Ini pasti strategi memikat hati suami seperti yang pernah diluahkan oleh kakak kerani kepadaku sedikit masa dahulu. Hiks.
Mulutku gatal, terasa ingin sekali aku tegur mereka dan fashion flaw mereka.
Wahai Kak Bedah, kening mu terlalu tebal di pangkal dan terlalu nipis di hujung. Kau hampir kelihatan seperti kakak si Shin Chan.
Kak Milah, baju-baju mu membuatkan kau kelihatan seperti orang tua berangan. Kau harus berhenti membeli baju di Goggles, sebaliknya di Arcadia. (Aku tahu kau membeli-belah di Jusco sahaja.)
Kak Tipah, bedak padat mu terlalu tebal di muka. Dan, bling-bling itu harus dikurangkan jika kau tidak mahu kelihatan seperti si Mami Jarum.
Kak Mon, solekan mu okay, tetapi baju-baju mu masih boring. Ingat, kata kunci adalah variasi.
Mereka ini harus sertai rancangan Extreme Makeover.
Saturday, January 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment