Kadangkala, pabila teori existensialisma membaluti diri, dunia ini ternyata kosong, hampir tiada makna. Hanya ada aku.
Kemudian, pabila aku berpusing untuk melihat keliling, aku hanya lihat aku. Dan bayang yang serupa diriku di dalam cermin dinding.
Kemudian, gambar-gambar di dalam bingkaian di atas meja dan di rak dinding menyedarkan aku yang aku tidak keseorangan.
Di dalam duniaku ini, kurasakan hanya ada aku, kau dan my beaten-up Harimau.
Persamaan kedua-duanya? Gender dominan yang sanggup memanduku ke mana sahaja aku ingin pergi.
Yang paling penting, both are my drive to get through this life.
Hai RP, kau telah kuangkat sebagai sistem penyokong hidupku yang menuju kemusnahan ini. Kemusnahan yang aku lakukan tanpa motif.
Pegang tanganku dan janganlah kau lepaskan, walau sebisa mana cacian yang aku lemparkan (kerna aku akan mencumbuimu dengan kata-kata indah agar kau lupakannya), walau sepedih mana luka cakaran jariku di lenganmu (kerna jari-jari ini akan terus membelai dan mengusap dan memanjakan kamu), walau sesakit mana hatimu (kerna aku akan ubati hatimu dengan sentuhan hujung lidahku),
Jangan, jangan, jangan lepaskan aku.
Aku perlu kau terus bersungguh untukku. Kerna kau, mungkin yang pertama dan terakhir untukku.
Walau aku tak mungkin akan ucapkan kalimah-kalimah ini dihadapanmu. Dan kau mungkin akan menangis terharu jika itu terjadi.
Monday, January 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment