Monday, March 31, 2008

Notis Untuk S.P.G

Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa tempoh kemurungan yang dibenarkan untuk anda yang baru sahaja putus cinta hanyalah sehingga Isnin bersamaan 7 April 2008.

Sehingga itu, anda dibenarkan untuk:

i. mendengar lagu-lagu cinta yang sad dan sappy
ii. mendengar lagu-lagu cinta anda sambil melayan perasaan
iii.menangis di atas katil, sebelum dan ketika tidur
iv.menangis di dalam shower
v. menghabiskan kredit pra-bayar untuk 'friend-finder' bekas kekasih
vi.duduk berkurung di dalam rumah dan mengulangi perkara i hingga v
vii.merokok tanpa had kawal.

Sekian, terima kasih.

No comments: