Sunday, March 30, 2008

The Reason Why

Telefonku kini bisu. Hilang fungsi. Mungkin sudah tiba masanya aku buangkan telefon itu ke dalam Sungai Gombak. Dan mulakan hidup tanpa apparatus manusia millenium itu.

Airmata murah setiap kali bayangan wajah sang RP, (bekas) kekasih sejati, muncul di depan wajah. Dia menangis, meratap. Terkejut dengan butir-butir dari mulutku.

Aku kata "I hate you."
Aku kata "I hate your family."
Aku kata lagi "I hate you."
Aku kata "I hate everything about you."

Bayangan wajahnya yang sayu, airmata yang deras menitis, cuba mencari palsu di dalam mataku.

Aku keraskan hati. Kebalkan diri yang sudah remuk di dalam.

Dia lihat ke dalam mataku dalam-dalam.

Dia tidak mungkin akan maafkan aku sampai mati. Kerana dia selalu tersilap bila membaca hati melalui mataku.

Dan dia memang tidak akan maafkan aku sampai mati.

No comments: