Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa tempoh kemurungan yang dibenarkan untuk anda yang baru sahaja putus cinta hanyalah sehingga Isnin bersamaan 7 April 2008.
Sehingga itu, anda dibenarkan untuk:
i. mendengar lagu-lagu cinta yang sad dan sappy
ii. mendengar lagu-lagu cinta anda sambil melayan perasaan
iii.menangis di atas katil, sebelum dan ketika tidur
iv.menangis di dalam shower
v. menghabiskan kredit pra-bayar untuk 'friend-finder' bekas kekasih
vi.duduk berkurung di dalam rumah dan mengulangi perkara i hingga v
vii.merokok tanpa had kawal.
Sekian, terima kasih.
Monday, March 31, 2008
Sunday, March 30, 2008
The Reason Why
Telefonku kini bisu. Hilang fungsi. Mungkin sudah tiba masanya aku buangkan telefon itu ke dalam Sungai Gombak. Dan mulakan hidup tanpa apparatus manusia millenium itu.
Airmata murah setiap kali bayangan wajah sang RP, (bekas) kekasih sejati, muncul di depan wajah. Dia menangis, meratap. Terkejut dengan butir-butir dari mulutku.
Aku kata "I hate you."
Aku kata "I hate your family."
Aku kata lagi "I hate you."
Aku kata "I hate everything about you."
Bayangan wajahnya yang sayu, airmata yang deras menitis, cuba mencari palsu di dalam mataku.
Aku keraskan hati. Kebalkan diri yang sudah remuk di dalam.
Dia lihat ke dalam mataku dalam-dalam.
Dia tidak mungkin akan maafkan aku sampai mati. Kerana dia selalu tersilap bila membaca hati melalui mataku.
Dan dia memang tidak akan maafkan aku sampai mati.

Bleeding Love
Si Perempuan,
Duduk terperosok di dalam kemban,
Sebatang rokok di tangan,
Ibarat Zaleha si isteri dan jalang,
Rambutnya kerinting menggerbang,
Dia mengenang yang hilang,
Dia mengenang nasib dibenci orang.
Hai perempuan,
Asap berkepul, hembus sesalan,
Hatinya letak di lengan.
Duduk terperosok di dalam kemban,
Sebatang rokok di tangan,
Ibarat Zaleha si isteri dan jalang,
Rambutnya kerinting menggerbang,
Dia mengenang yang hilang,
Dia mengenang nasib dibenci orang.
Hai perempuan,
Asap berkepul, hembus sesalan,
Hatinya letak di lengan.
Saturday, March 29, 2008
Dear God, the only thing I ask of you is, to hold him when I'm gone, when I'm much too far away..
Tuhan, lihat apa yang telah aku lakukan..
Lihat titis airmata yang mengalir di pipinya. Aku telah lukakan hati lelaki itu. Lelaki yang aku cintai sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raga.
Sayang, hanya jika kau letakkan sepenuh kepercayaanmu pada diriku, mungkin semua ini tidak akan pernah berlaku. Jika kau garapkan sepenuh keyakinan pada cintaku, mungkin semua ini dapat dielak.
Dan jika aku tidak mencabar sabarmu, jika aku tidak ucapkan segala kebiadapan, mungkin semua cabaran ini dapat kita bidas, dan mungkin kita akan jadi pasangan paling bahagia dalam dunia kecil kita.
I know it hurts him badly, when I said the things I said. I wished I could say to him that it were all lies, that I love his family and I have nothing against them. I could never hate them. I could never hate him.
I wished he’d know that I was only lying. I wished he'd know that I lied cause I desperately wanted him to hate me and leave.
It’s over. I think this time it’s for real.
Somehow or rather, I know it has to end. Though I sure wished it doesn’t end like it did.

Wednesday, March 12, 2008
Amerykahn Promise
Aku rindu akan secawan Nescafe panas setiap pagi. Aku rindu akan aroma kafein yang menusuk ke lubang hidungku, meresap ke segenap reseptor deria dan meransang kelenjar endorfin lalu merembeskan nikmat-nikmat kehidupan sementara. Aku rindu sensasi itu; apabila air yang tumpah dari cawan plastik warna biru ke dalam mulut membasahi lidah, mengembangkan berjuta tunas-tunas rasa dan mengalir deras menerusi lorong tekak, menuruni trakea dan memanaskan jantungku (yang mungkin sudah hitam warnanya), di situ aku rasakan 'sesuatu' persis percikan adrenalina. Aahhh, sensasi itulah yang aku maksudkan. Bliss.
Di sini, aku terpaksa give up my daily morning dose of caffeine kerana keperluan kerja. *sighs* Kehidupan di Amerykah terlalu sempit dengan kerja. And the only break I have is lunch! Gosh, these Amerykahns are really paying us bucks and really working our butts off.
Di sini, aku terpaksa meyakinkan diri setiap hari that I can make it through the day, walaupun terasa cacat tanpa secawan kafein.
I miss my idle life I used to have back in Japan. Rindu yang kadang-kala buatku alpa dan terbawa-bawa tabiat yang diternak ketika di sana. Haha.
Oh, aku juga rindu pada tulisan indah Encik IrondanWine, (dengan tidak semena-mena). Kenapa kau harus berhenti mem-blogging hah?!
On the flip side of my life, kehidupan cintaku yang pasang dan surut semakin kucar-kacir dilanda badai emosi. Pertembungan sifat yang panas-baran-dan-ringan-tangan dengan sifat panas-baran-dan-ringan-mulut adalah suatu kombinasi bencana.

Friday, March 7, 2008
What's Love Got To Do With It?
Suatu malam, wajah ibu diselubungi sugul.
Ibu hampiriku, pegang tanganku, dan berkata "I have one big problem. I got in touch with my old flame and I think I still love him, so much".
Aku pandang ibu tepat di wajahnya. Mata terjegil, minda masih cuba mencerna informasi yang baru masuk.
Satu jam selepas itu, ibu luahkan segala isi hatinya kepadaku. Sepanjang waktu itu, tangannya menggenggam tanganku erat, hanya dilepaskan untuk mengesat air mata yang mengalir di pipi.
Oh my god, mom...
Sesungguhnya aku bukanlah orang terbaik untuk kau luahkan segalanya. Maafkan aku, ibu.. Aku ingin sekali menjadi orang yang mengeringkan pipimu dan memimpin tanganmu di sepanjang ordeal yang kau hadapi sekarang ini. Menjadi orang yang mententeramkan kau di sebalik gejolak perasaan yang kau rasai, memelukmu dan memberitahumu yang semuanya akan baik-baik sahaja.
Aku ingin sekali berada di sisimu, menyokong dan memberikan kau segala dokongan yang kau perlukan. Tetapi seketika kemudian aku jadi marah.
Marah pada ibu yang melahirkan aku itu, yang terlalu masih mencintai lelaki lain selain bapaku. Lelaki itu sang cinta pertama, yang terpisah atas arahan kuku besi arwah nenek. Dan bapa, si lelaki yang dinikahi mengikut aturan keluarga.
Ibu, aku faham cintamu terhadap lelaki itu begitu sejati, begitu utuh, begitu kukuh terpahat di dalam hatimu. Walaupun berjuta siang dan malam berlalu sejak 33 tahun lalu, walaupun hampir 3 dekad kau dan ayah membina keluarga ini.
Malam itu, sepanjang malam aku cuba tafsirkan cinta. Semakin aku cuba, semakin aku keliru. Mungkinkah cintaku akan kekal membara walau 30 tahun atau 40 tahun atau 50 tahun berlalu? Jika aku dan si buah hati ditakdirkan berpisah, mungkinkah dia akan kekal mencintaiku?
Dan aku akhirnya buntu dalam menafsirkan cinta.
Biarlah cinta, padaku, kekal sebagai suatu perisian untuk hati yang harus di-upgrade setiap masa, biarlah ia kekal sebagai entiti yang berubah-ubah dan bersifat absolute.

Thursday, February 14, 2008
Dear God the only thing I ask of you is to hold her when I'm not around,when I'm much too far away
Dua hari lepas,
aku telah membuat dua kesilapan besar dalam hidupku.
Pertama,
Aku telah pergi ke salun murah untuk haircut. Intuisiku melarang keras diriku melangkah kaki ke dalam kedai tersebut. Tetapi aku degil. Now everyday is a bad hair day!
Kedua,
I asked for a break up from him. Hanya itu jalan terbaik walau sehancur mana hatiku.
Namun kelmarin,
Aku memperoleh dua berita gembira. Begitu gembira. Contentment.
Pertama,
Aku dipanggil untuk bekerja di sebuah MNC lain. Syukur kepada Nya. Selamat tinggal Tokyo, I’m going to Texas yo.:)
Kedua,
Aku dan sang kekasih kembali bersama. Dia muncul di hadapan pintu rumahku on his knees, sambil memegang sekotak donut yang lazat. I’m cheap and easy to please. Hahha.
Semoga semuanya menjadi lebih baik untukku selepas ini.
Terima kasih, Tuhan..

Subscribe to:
Posts (Atom)